..:: nuffnang ::..

Wednesday, March 9, 2011

tempat ape nih??

Assalamualaikum. Penat! penat!! penat!!! Hari ni hari yang sangat memenatkann. Hari penat sedunia agaknyaaa. Eja tak tahu la apa yang membuatkan eja betul2 penat, walhal berjalan & mencatat je pun, so simple kan?? Apa yang eja catat tu? Haa ni la yang eja nak story nih. Sabaq sabaq sabaqq!! Sabaq naa, bagi la eja bernapaih sikit. Bermulanya macam ni........... jenggg jengg jenggggg~

Hari ni eja start pergi site kat ukm bangi. Site ni betul betul kat dalam ukm. Haa sapa kat sini student UKM?? Habaq mai kat depa macam mana keadaan tempat tu. Sekarang ni site tu nak construct hostel dan semestinya hostel untuk student ukm. Nak tau tak?? Seperti apa yang difahamkan oleh abang kakak engineer kat tempat eja praktikal ni, site ni almost 15 years dah terbengkalai. Korang boleh bayangkan tak bangunan tak siap pastu biar kosong macam tu je macam mana keadaannya? Bangunan ada 7 blok semua sekali. Dalam banyak banyak blok, blok 4 la yang paling teruk sekali and menakutkan kot. Tapi eja tak tahu menakutkan yang macam mana sebab eja belum terjah lagi kat dalam bangunan tu. Setakat usha usha kat luar je la. Blok yang paling low class yang paling korang taknak duduk sekali blok 4. Blok tu baru siap 45% je, tapi blok yang lain overall dah cecah 60% and above. Tadi eja sempat masuk blok 2 je. Daripada info info yang boleh dipercayai, tempat tu diperkatakan agak keras, bukan sekeras konkrit, tapi lebih dari tu.

Berbalik kepada mencatat, eja catat apa eh kat dalam bangunan tu? Haa ni la nak bagitau ni, tadi eja diberi tugas oleh kak syarifah (engineer) untuk catat struktur bangunan yang ada dalam setiap bilik bangunan. Just tick dalam paper and catat apa problem dalam bangunan tu. Tak mencabar mana pun bab bab mencatat ni. Eja bersama lagi dua orang budak praktikal kat company tu yang di tugaskan untuk buat inspection ni. Hanya kami bertiga yang buat kerja ni. Yang ni baru agak mencabar. Tempat yang ditinggalkan tak berpenghuni ni sekarang dikendalikan oleh student praktikal. Kira hebat jugak la kami ni kan? #jangankecamhakak tapi hari ni kami dapat siapkan inspection ni 40% je disebabkan hujan renyai yang tak diduga telah turun (ponteng je lebih tu, padahalnya renyai je pun) yang selebihnya akan di continue tomorrow. So, inilah hasilnya

.......

inilah kolejnya..
cantikkan kalau tengok dr luar??
haa...jgn tengok luar je..
jap lagi masuk dalam yer??



haa...ni la dalamnya...
masa nak msk tu terkejut gile..
alamak!!
cemana nak jalan??



ini plak kat hall..
manhole tersumbat..
sbb tu jd sungai kat sini..
kalau letak ikan ni mst ikan pun tak sempat nak bernafas...


haa..ini plak blok untuk esok..
nmpak mcm seram..
p harap2 la semua ok..
doakn eja selamat ye
~aamiin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...