..:: nuffnang ::..

Saturday, October 6, 2012

Alhamdulillah..Rezeki~

Assalamualaikum. 1st at all 5.10.12  kakak aq selamat melahirkan baby boy seberat 2.52kg. Mohd Danish Haqeem, nak panggil apa yup??danish? haqeem? or mohd??hmm. Apa-apa je la, asalkan tak panggil yang pelik-pelik. Alhamdulillah selamat semua. Seronok dapat anak sedara baru!


shomel mcm maksu dia kan?hehe

2nd : Aq kena tipu dengan jobstreet !! Tulis kat page lagi 31 hari.. Patut la macam pelik je, ada ke interview hari ahad pukul 2.30 a.m.?? So, pada 27.9.12 aq pun email company tu nak confirmkan tarikh.. Aq terima email  dari company 2 pada keesokannya.. Tarikh interview aq pada 2.10.12. Means, hari selasa lepas la. Ingatkan lagi sebulan. Memang gabra la, yolah. Sebab tak prepare pape pun. Malam sabtu  lepas aq bertolak ke KL. Sesampainya kat KL jadi cerita lain pulak, aq kena pau ngan budak kat situ. Kesian aq. Tengok muka budak tu baik dah tapi sampai hati pau aq yang kecik molek ni. Sebab malas nak layan pengepau tu aq pun bagi je duit kat dia. Kira tu yang pertama & terakhir. Tibanya hari interview. Alhamdulillah interview yang simple.. Aq diterima bekerja & isnin ni start kerja. Amin.

3rd : Hari rabu lepas aq dapat panggilan daripada KEMAS untuk interview. Memang rezeki aq la tu kan?? Tapi tarikh interview nya pada 8.10.12 (isnin). Bertindih dengan tarikh sepatutnya aq start kerja.

Pening-pening.

APTB~

Friday, September 28, 2012

ReZeki Ada Di Mana-MaNa~

Assalamualaikum & salam Jumaaat. Pada hari yang baik ni mari sama2 kita bertafakur sejenak. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpijak di bumi yang nyata. Dalam separuh sedar rupanya dah 5 bulan tanam anggur. Sekarang dah keluar hasil dah pun..cepat kan??rezeki la 2..hehehe.. okeyhh, itu bukan tajuk yang ingin di kongsikan pada hari ni yerr..

Actually, hari rabu yang lalu ada panggilan telefon interview buat kakak ku (aq tak ada rezeki lagi..hehe) Application form tu aq n kakak isi sama-sama tp kakak aq je yang dicontactnya.. Tak pe la,belum rezeki aq lagi la tu.. So, on that day aq teman kakak aq pegi interview. Almost 1 hour jugak la aq tunggu kakak aq ni interview sampai dah nak kematu buntut aq nih. Aq tak tahu la dia g interview ke or g dating.

Akhirnya muncul jugak la muka kakak aq kat depan pintu..puhhh!!lega..Alhamdulillah dia dapat job tu dengan position yang lebih tinggi dari apa yang dia apply coz experience dia banyak.. good for her..congrats..  Tapi kakak aq cakap director tu panggil ag tuk di interviewnya aq..okeyyhh.. Memang pakaian aq menepati ciri-ciri untuk menghadiri interview.. Dah la pakai tshirt je pastu sehelai sepinggang pulak aq masuk dalam bilik interview (without certificate or resume) Nasib menyebelahi aq, even selekeh pun i got that job tp bukan la dalam bidang aq.. Alhamdulillah, aq sudah tidak bergelar pekebun tak di iktiraf lagi.

As usual, malam pada hari yang sama aq still search job dalam job street.. Macam-macam kerja yang aq apply & keesokannya pukul 8.30 p.m aq bukak jobstreet lagi.

Speschless! dup dap dup dap.. Aq salah login ke?? Confuse.. Apa benda pulak ni?? ada yellow box kat bahagian atas. Sebelum ni tak pernah nampak pun.. Bila ditenung lama-lama rupanya Reminder : you have an interview in 31 days! Spontan aq menjerit kat mak aq! Ada jugak yang nak panggil aq interview.. Alhamdulillah sebab job ni dalam bidang yang aq ceburi..  So, aq ada lagi 1 month tuk prepare apa yang patut.. Insyaallah ada rezeki kat situ dapat la.. Doakan aq yer~

Wednesday, September 19, 2012

Berjaya Melarikan Diri

Assalamualaikum. Semalam korang ada tak dengar berita mengenai seorang banduan yang berjaya melarikan diri bersama senjata api?? ok, memang menakutkan.. Dipercayai banduan ni bertindak agresif terhadap anggota polis yang mengiringinya mengakibatkan berlaku kemalangan di jalan by-pass Kuantan-Kemaman berdekatan Taman Dato Rashid. Kereta peronda tersebut terbabas dan telah melanggar sebuah lori yang berhenti di sebelah kiri jalan. Insiden yang berlaku ni menyebabkan banduan ni sempat melarikan diri dengan senjata api yang dimiliki oleh salah seorang anggota polis ni. Anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ni sedang dirawat di hospital Kuantan. So, diharap penduduk yang berhampiran kawasan ni berhati-hati ok. Terutamanya penduduk kat Taman Dato Rashid sebab kawasan taman ni sememangnya agak sunyi. Plus ramai student menyewa kat situ n aq sendiri pun pernah menyewa rumah kat taman tu. So please sangat2..beware!.. Jangan sesekali keluar rumah or duduk kat rumah sorang-sorang.. Pastikan korang berteman & perhatikan anak or adik-adik korang ok!

eksiden ni berdekatan simpang Taman Dato Rashid

Friday, August 31, 2012

55 TahuN KemErdeKaaN

Assalamualaikum salam 1 Malaysia & salam jumaat. Bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas & hidup dalam ketenteraman. Alhamdulillah sedar tak sedar tanah air kita berada dalam ketenangan & bebas dari penjajahan sudah mencapai tahun yang ke 55 kemerdekaan. Bangga menjadi anak jati Malaysia & sangat berterima kasih kepada pahlawan & perwira negara yang sanggup berjuang demi mempertahankan maruah tanah air tercinta.


salam kemerdekaan


MERDEKA3!!!
Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 55!

Tuesday, August 28, 2012

Terbaik Syawal ;)

....

yamat ayi aye :p
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita sudah memasuki hari ke-10 dalam bulan syawal. Sementara masih di bulan mulia ini, selaku tuan belog ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sepanjang kewujudan tuan belog di sini. Baru hari ini berkesempatan nak menghapdate entry ni setelah sekian lama membuzykan diri menyediakan juadah iftar & mempelbagaikan juadah dihari raya. Macam busy sangat je kan??haha

pakcik makcik abang kakak adik
mintak ampun yeee :)
Sempena di bulan yang mulia ini marilah kita bermaaf-maafan sesama kita & janganlah disimpan perasaan yang tidak enak yer. Tak tenteram hidup nanti. Neway, amacam raya korang tahun ni, more better or more bitter from last year?? hope better better & more better la yer. amin

selamat hari raya dr wee all~
Tua muda miskin atau kaya, hormat-menghormati mestilah diamalkan barulah hidup aman damai. Tak kira la mak ayah ke adik kakak abang ke majikan or maid ke kene la hormati. Bila kita hormat orang baru la orang hormat kita balik. Ye dak... Hidup pun akan diberkati Allah s.w.t. Insyaallah. 


Warna warni di aidilfitri pasti kelihatan & pelbagai jenis juadah telah dihidangkan. Diwaktu ini jangan lah kita melupakan pada yang serba kekurangan. Oleh itu, jom pakat ramai-ramai kita ziarah menziarahi sanak saudara. Time ni la kita nak eratkan silaturrahim sesama sanak saudara, jiran-jiran, teman-teman & sahabat handai..


SeLamaT HaRi RayA!


Thursday, July 19, 2012

MeRaH itu BeRaNi ^_^



Bila nak pakai sepatu ni pun x tahu lah.. Baru pakai sekali time pre graduate hari 2.. Lepas 2 dah tak pakai-pakai dah.. Kesian kasut ni duduk terperap dalam kotak je..

Tuesday, July 17, 2012

Maggie kEtaM

Trip to besut, terengganu~

menu malam tadi..

Oleh kerana abg ngah kata megi ketam kat kedai ni sedap, jadi dengan bangganya aq mencuba.. boleh tahan la sedapnya, ada ketam dua ekor dipotong dua.. memang jenuh nak makan ketam 2.. nak dekat sejam jugak la aq nak perabih ketam dua ekor 2 and paling penting perut memang sangat-sangat penuh..harganya pun boleh tahan, 3 orang makan RM54.. Kalau korang nak tahu sedap or tak boleh la rasa sendri ye.. nak cuba pakat p ramai-ramai kat besut, Terengganu okeh!! enjoy this meal ^_^ 

Monday, July 9, 2012

Debaran Terasa =,=


Assalamualaikum.. Alhamdulillah selesai sudah akhirnya penantian bagi menghabiskan muet speaking nih.. Seram sejuk je nak speaking tadi.hehe.. Btw, wish me luck for the next papers okeh.. luv u olls..^_^

Saturday, July 7, 2012

PreCast Concrete Installer

Assalamualaikum.. Terasa malas jari jemari ni nak menyentuh ketulan-ketulan keyboard bagai.. dengan kudrat yang ada, ku gagahi jua bagi mengongsi cerita sepanjang pengangguran ku ini.. Gara2 ke Jb selama 2 minggu maka tak dihapdate la belog ni.. Almaklumla tak bertemu internet, jadinya berpuasa syosyal la selama hampir sebulan.. Sebab tu la jari jemari ni dah keras nak menekan keypad.. Pemergian ku ke Jb sebenarnya nak cari kerja, tp entah apa angin boleh pulak jadi baby sitter si azwa ni... sangat2 nakal dah dia sekarang.. rasa nak je gigit si azwa tu.. Papa pun azwa tetap comel and dah boleh bercakap dah, bkn setakat bercakap nyanyi pun dah boleh.. Tp golongan dia jela yang faham apa yang disebutnya :p

gigit kang~

Masa kat jb aq dapat maklumat dari kawan yang 17-21.6 ada kursus IBS kat Hotel Seri Malaysia, Kuantan , mula-mulanya aq malas nak g sebabnya banyak keje yang nak dibuat.. Tapi bila aq fikir-fikir balik macam seronok jugak kalau g kursus ni... Aq pun dengan semangatnya nak join la kursus tu, bukan apa sijil kat dalam file aq tu tak banyak.. so, kena la tambah collection lagi.. Plus kursus ni free, memang tak rugi pun kalau join..kan kan kan? 

Dengan semangat yang ada, siap sudah aq packing baju..aik??siap dah.. pantas betol!!actually tak pantas mana pun, sengaja nak memendekkan story...hehe

Hotel Seri Malaysia...im coming..
here we go..
First day, as usual sesi suai kenal.. And cikgu intro sal IBS.. second day kitaorang study teori before nak buat practical. third day buat practical kat Binaan Desjaya, Gambang.. next day kitaorang dah exam n last day goyang kaki je..kitaorang wat kerja ni sekejep je.. Bila datangnya malam bersyosyel jela.. tp disebabkan aq ni budak baik so bersyosyel dalam bilik suda..seronok!!hehe..  ok ok..Level 1ni  merupakan kerja-kerja kuli je.. thats mean kitaorang ni jadi kuli la time ni..

preparation nak panjat bangunan..hehe
Actually harness tu sebagai isyarat je..kalau ikut kekukuhan tu entah la tahan or tak..sebabnya 9t letakkan kat scaffolding 2 je..aq tengok scaffolding tu bergoyang-goyang...seram..haha..

sementara tunggu turn nak jadi buruh snap dahuluuu~
Third day ni takde pape yang perlu dirisaukan..sebabnya practice je...mark pun tak diambil.. yang nervousnya fourth day ni la.. debar kau jah.. sebabnya exam day ni ada wakil dari CIDB yang ambil mark samada kami pass or fail..

debaran terasa..
Time ni tak tau la nervous nak exam or nervous nak panjat tinggi.. tp yang pastinya jantung berdegup kencang...hue hue hue

Tiba masanya kami berdiri di sini.... Masa yang diberikan 2 hours..

setting column.. 
So, kena make sure column tu betul masuk kat tempat yang telah ditandakan..kalau tak nanti nak pasang beam and slab susah la..


setting beam..

last one ni yang paling lama nak setting.. sebabnya 2 orang je yang buat.. nasib baik time ni aq tak gayat, kalau tak alamatnya tak bergerak la aq.. 

setting slab..
 lelaki yang berdiri tu examiner CIDB.. time dia cakap dah ok, betapa bahagianya aq.. mana taknya, peluh dah meleleh2 dah.. muka pun dah macam kena panggang..


even kepenatan tp keseronokan tetap melanda sebab dah tamat~

last day..happy ending~

jom ngap dulu before last meeting..
memang tak dinafikan makanan kat situ memang sedap2..thumbs up!!

kami berkhidmat untuk negara..hehe
btw, thanks all yang terlibat.. selesai sudah~

Saturday, May 26, 2012

lori tembikai vs viva

Assalamualaikum. hari ni dengan rasa kemalasan yang membuak2 untuk keluar bandar akhirnya terpaksa jua bersiap2 akibat dipaksa oleh bapak sedara ku... okei.. .sangat2 malas nak keluar sebenarnya.. penat sangat3 sebab...sebab...sebab...hehe...sebab itu biarlah diri ku sahaja yang tahu..

Menuju keluar dari simpang rumah... 
OMG... mengapakah?? bala apakah ini?? adakah aq berada di kl?? atau adakah semua ini aq hanya bermimpi gara2 kepenatan?? ohh...tidak.. realiti sebenarnya... tiada istilah bermimpi disiang hari okei..

Mengapa aq berkata begitu??
Jalan jem la kawan2 sekalian.. tidak2 pernah ku lihat disini jalan seperti di kl.. tapi mangapa semua ini terjadi?? adakah terdapatnya road block dihadapan?? ataupun pembaikian jalan sedang dijalankan?? aq masih tertanya2.. ok, setelah setengah jam kepenatan menunggu di jalan yang jem itu yang seharusnya hanya 5-10 minit perjalanan akhirnya segala persoalan aq terjawab..

Innalillah!! terdapat kemalangan dihadapan rupanya.. sesampainya kami disana hanya tinggal kenderaan sahaja...mungkin... sepertinya mangsa sudah tiada di tempat kejadian kerana tiada kelibat mereka disitu... mungkin sudah dibawa pergi ke hospital..
astaghfirullah..
macam mana la keadaan mangsa..
Keadaan kereta viva x sempat diambil kerana viva tersebut berada di seberang jalan dan terperosok kedalam semak.. viva tersebut mengalami remuk yang agak teruk dibahagian hadapan kenderaan..

Harap2 kesemua mangsa terselamat dari kemalangan ini...insyaallah.. 

Wednesday, May 23, 2012

kerja, come 2 me bebeh..

Ehem ehem... testing2 1 2 3.. Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt. Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa Eja Samad, 910720-XX-XXXX telah mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 2012.. dengan ini diucapkan tahniah kerana telah tamat dengan jayanya serta......eh eh eh...zaman bujang?? aisehhh...correction please..dengan ini diumumkan eja samad secara rasminya telah berjaya tamat zaman perkuliahannya bagi sesi dis 2012 & seterusnya.. dalam jurusan diploma kejuruteraan awam...

Yeahhh!!!! alangkah bahagiaya rasa jika mendengar ayat ini dilaungkan.. mummy! mummy! adik dah habis belajar laa.. yeay! yeay! dah boleh kawen (abaikan ayat yang tak sepatutnya okei)... setelah 3 tahun lamanya menunggu dan bertungkus lumus bagi menggenggam segulung diploma, akhirnya  hasil telah diperolehi.. Alhamdulillah.. event tak setinggi mana result tu tapi tetap boleh dibanggakan bagi kedua ibu bapaku tanpa ada cacat celanya...

Okeii... dip dah habis.. u pun dah apply(insyaallah kalau ada rezeki dapat la).. apa lagi yang tak settle ni?? MUET..arghh!! ingatnya dah tak payah nak pikiaq2 pasai exam ni... ada lagi yang tersangkut rupanya... baru je ingat nak rilex2 kat rumah ni... alahai...melepas kau jah~ tapi sempat ke nak ambil exam muet bulan 7?? intake u bulan 9 ni.. harap2 sempat la result muet keluar before result u...ok2.. yang 2 hang  xsoh dok nak pikiaq bagai...lemas otak..
im coming..

Sekarang ni go to next step.. kerja?? memang perlulah cari kerja sebabnya masa yang terluang ni memang banyak terbuang gara2 bersyosyel terlebih.. on9 aje memanjang.. agak2nya bil elektrik pun memanjang jugak nombornya... mananya mak aq x membebel.. "adik, hang ni xdak keja lain ka??asyik dok bertenet je, sapa yang dok nak bayaq?? hang nak bayaq??"
Tengok??kan mak dah membebel...alahai mummy ku sayang...mana ada duit nak bayaq.. duit ptptn tu pun cukup2 makan je dulu, 2 pun kena mintak duit poket lebih.. :p sekarang ni lagi lah..dah jadi penganggur terhormat.. apa pun tarak.. see.. duit duit duit.. kalau lah paper sem 1 smpai sem 6 ni boleh bertukar jadi note 100 kan syokk..tak payah susah2 nak cari kerja.. ambik je kat dalam kotak buku aq 2.. sehari keluar sekeping...huishhh...jenoh aq dok shopping....untung la kalau realiti, mesti semua student nak jadi macam tu.. :D
moh la kite apply
hantaq resume cepat2 okei


ok la, so apa lagi yang di tunggu2.. rezeki tak datang bergolek.. tapi durian runtuh bergolek2 banyak... p la kutip kat belakang rumah... lepas 2 p jual... boleh dapat income..^_^

jadi bibik pown ok dah.. :p

Saturday, May 19, 2012

Pre-Graduation Night


Assalamualaikum.. alahai lame betol x update ini blog.. bukan lupa atau buat2 lupa, tapi sebab masa memang terhad buat aq sebagai final year student ni.. iye la, macam2 nak kena buat.. dengan final project nye... tambah2 lg final exam dah dekat.. smpai terkejar2 masa yang entah lari ke mana.tp, alhamdulillah semua dah berakhir bagi sesi buzy membuzy ni......tp....... ini bukan la apa yang aq cuba nak sampaikan.. main story dalam entry ni adalah sempena event pre graduation civil engineering students yang dah lama berlalu tu... dengan bertemakan black red elegant night.. wah! memang mengancam lah semua2... budak civil yg disifatkan sebagai student yg kolot & comot mmg x disangka2 pandai melawa jugak sebenarnya... kolot & comot yg di maksudkan 2 bukan lah buruk or selekeh...just CE students ni biasa2 je kalau nak compare students dr course lain, example DSK yg dah memang jelasnya kena melawa tiap2 masa.... we all ni technical student, so simple2 je la.. masih tidak percaya???check it out..............


ok...sesampainya kami disini mmg susah giler2 nak dapatkan parking..tp alhamdulillah setelah 2x pusing dpt la jugak akhirnya..
semua x nak kalah~

naik tangga terserempak dengan group classmate laki..so sempatlah snap picture diaorang..and then we all naik ke dewan together..
jejaka pun x kurang hebatnya..

saat2 kegemilangan didalam dewan...pelbagai aktiviti dan persembahan yang menyeronokkan.. yang paling besh saat2 nak berphotoshoot laa...yang lain x penting pun.. :p


jom bergumbira...

korang ingat korang artis ke haa??

disebabkan kamera yang terlalu banyak dihadapan...
x tahu nak pandang yang mana  1..

ending of the day...

lastly semoga kita2 semua berjaya..sekarang ni semua dah bawak haluan masing2...best of luck all of u..kenangan terakhir bersama korang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...