..:: nuffnang ::..

Friday, September 28, 2012

ReZeki Ada Di Mana-MaNa~

Assalamualaikum & salam Jumaaat. Pada hari yang baik ni mari sama2 kita bertafakur sejenak. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpijak di bumi yang nyata. Dalam separuh sedar rupanya dah 5 bulan tanam anggur. Sekarang dah keluar hasil dah pun..cepat kan??rezeki la 2..hehehe.. okeyhh, itu bukan tajuk yang ingin di kongsikan pada hari ni yerr..

Actually, hari rabu yang lalu ada panggilan telefon interview buat kakak ku (aq tak ada rezeki lagi..hehe) Application form tu aq n kakak isi sama-sama tp kakak aq je yang dicontactnya.. Tak pe la,belum rezeki aq lagi la tu.. So, on that day aq teman kakak aq pegi interview. Almost 1 hour jugak la aq tunggu kakak aq ni interview sampai dah nak kematu buntut aq nih. Aq tak tahu la dia g interview ke or g dating.

Akhirnya muncul jugak la muka kakak aq kat depan pintu..puhhh!!lega..Alhamdulillah dia dapat job tu dengan position yang lebih tinggi dari apa yang dia apply coz experience dia banyak.. good for her..congrats..  Tapi kakak aq cakap director tu panggil ag tuk di interviewnya aq..okeyyhh.. Memang pakaian aq menepati ciri-ciri untuk menghadiri interview.. Dah la pakai tshirt je pastu sehelai sepinggang pulak aq masuk dalam bilik interview (without certificate or resume) Nasib menyebelahi aq, even selekeh pun i got that job tp bukan la dalam bidang aq.. Alhamdulillah, aq sudah tidak bergelar pekebun tak di iktiraf lagi.

As usual, malam pada hari yang sama aq still search job dalam job street.. Macam-macam kerja yang aq apply & keesokannya pukul 8.30 p.m aq bukak jobstreet lagi.

Speschless! dup dap dup dap.. Aq salah login ke?? Confuse.. Apa benda pulak ni?? ada yellow box kat bahagian atas. Sebelum ni tak pernah nampak pun.. Bila ditenung lama-lama rupanya Reminder : you have an interview in 31 days! Spontan aq menjerit kat mak aq! Ada jugak yang nak panggil aq interview.. Alhamdulillah sebab job ni dalam bidang yang aq ceburi..  So, aq ada lagi 1 month tuk prepare apa yang patut.. Insyaallah ada rezeki kat situ dapat la.. Doakan aq yer~

Wednesday, September 19, 2012

Berjaya Melarikan Diri

Assalamualaikum. Semalam korang ada tak dengar berita mengenai seorang banduan yang berjaya melarikan diri bersama senjata api?? ok, memang menakutkan.. Dipercayai banduan ni bertindak agresif terhadap anggota polis yang mengiringinya mengakibatkan berlaku kemalangan di jalan by-pass Kuantan-Kemaman berdekatan Taman Dato Rashid. Kereta peronda tersebut terbabas dan telah melanggar sebuah lori yang berhenti di sebelah kiri jalan. Insiden yang berlaku ni menyebabkan banduan ni sempat melarikan diri dengan senjata api yang dimiliki oleh salah seorang anggota polis ni. Anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ni sedang dirawat di hospital Kuantan. So, diharap penduduk yang berhampiran kawasan ni berhati-hati ok. Terutamanya penduduk kat Taman Dato Rashid sebab kawasan taman ni sememangnya agak sunyi. Plus ramai student menyewa kat situ n aq sendiri pun pernah menyewa rumah kat taman tu. So please sangat2..beware!.. Jangan sesekali keluar rumah or duduk kat rumah sorang-sorang.. Pastikan korang berteman & perhatikan anak or adik-adik korang ok!

eksiden ni berdekatan simpang Taman Dato Rashid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...