..:: nuffnang ::..

Wednesday, September 19, 2012

Berjaya Melarikan Diri

Assalamualaikum. Semalam korang ada tak dengar berita mengenai seorang banduan yang berjaya melarikan diri bersama senjata api?? ok, memang menakutkan.. Dipercayai banduan ni bertindak agresif terhadap anggota polis yang mengiringinya mengakibatkan berlaku kemalangan di jalan by-pass Kuantan-Kemaman berdekatan Taman Dato Rashid. Kereta peronda tersebut terbabas dan telah melanggar sebuah lori yang berhenti di sebelah kiri jalan. Insiden yang berlaku ni menyebabkan banduan ni sempat melarikan diri dengan senjata api yang dimiliki oleh salah seorang anggota polis ni. Anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ni sedang dirawat di hospital Kuantan. So, diharap penduduk yang berhampiran kawasan ni berhati-hati ok. Terutamanya penduduk kat Taman Dato Rashid sebab kawasan taman ni sememangnya agak sunyi. Plus ramai student menyewa kat situ n aq sendiri pun pernah menyewa rumah kat taman tu. So please sangat2..beware!.. Jangan sesekali keluar rumah or duduk kat rumah sorang-sorang.. Pastikan korang berteman & perhatikan anak or adik-adik korang ok!

eksiden ni berdekatan simpang Taman Dato Rashid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...